Halaman

Jumaat, 17 Jun 2011

APA ITU PSIKOLOGI?

Perkataan psikologi berasal daripada gabungan dua perkataan greek, iaitu psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa,rohani atau mental dan logos beerti bidang kajian. Hal ini bermakna perkataan psikologi itu bermaksud kajian tentang kajian jiwa dan mental manusia. William james (1890), mendefinisikan appsikologi sebagai sains kehidupan mental. Beliau menegaskan akan kepentingan kemanusian yang tidak dapat dicernakan oleh sistem deria manusia. Walau bagaimana pun, orang yang terkemudian telah menyarankan supaya aspek psikologi dikajai semula secara objektif bagi membolehkannya dilihat dari segi APA ITU PSIKOLOGI?
tingkah laku.
                Oleh yang demikian, wujudlah definasi yang menyatakan psikologi sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.
                Psikologi merupakan ilmu yang mengkaji semua tingkah laku manusia, sama ada yang berbentuk nyata(overt behaviour) atau bersifat terselindung ( covert behaviour) . Tingkah laku berbentuk nyata melibatkan tingkah laku seperti berjalan,menangis,memandu,memukul,menerajang dan sebagainya. Tingkah laku bersifat terselindung pula ialah tingkah laku yang tidak dapat dilihat, umpamanya bersedih, berkhayal,bermimpi,berfantasi, dan sebagainya. Malahan psikologi juga dianggap sebagai salah satu cabang sains yang menggunakan prosuder dan pendekatan yang teratur untuk mengumpul maklumat bagi memahami tingkah laku manusia. Ia berfifat objektif ,iaitu menekankan ketepatan,konsistensi(ketekalan) dan replikabiliti(peduduan).
                Merujuk kepada kamus dewan, psikologi ialah: “kajian tentang proses mental dan pemikiran,terutamanya perlakuaan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu: dan kebijaksanaan memahami pemikiran manusia”         
Antara definasi lain yang menyokong pengertian psikologi ialah:
(A)   WITTING (1984) member definasi psikologi sebagai satu sains tingkah laku,mengkaji tentang aksi dan reaksi manusia dan juga organism. Ia juga mengkaji tentang proses mental seperti perasaan cinta dan kasih saying, pemikiran logic, personality dan persepsi.
(B)   Menurut kamu CAMBRIDGE, Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkajai bagaimana pemikiran manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku. (cambrige internasional dictionary of English, m.s383)

Sebagai kesimpulanya,bahawa psikologi adalah merupanakn kajian mengenai kejiwaan yang merangkui aspek rohani manusia. Dengan izin Allah ilmu ini boleh membuatkan kita lebih memahami apa manusia perlukan didunia ini. Sekian terima kasih. Jumpa lagi topik akan datang..
Catat Ulasan

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

Google+ Followers

Google+ Badge

AKU HAMBA ALLAH S.W.T