Halaman

Sabtu, 4 Julai 2015

RINGKASAN KEHIDUPAN IMAM SYAFIE (MAHZAB SYAFIE)

BLOG INI MATI TAK MAHU HIDUP PUN SEGAN..

RAMAI YANG CAKAP MENGIKUT MAHZAB SYAFIE TETAPI BERAPA RAMAI YANG KENAL LATAR BELAKANG IMAM SYAFIE.. ENTAH KENAPA MALAM NI AKU RAJIN MENAIP... INI DALAH SECARA RINGKAS LATAR BELAKANG IMAM SYAFIE YANG BOLEH AKU TAIPKAN BUAT TATAPAN SEMUA.. SELAMAT MEMBACA..


NAMA SEBENARNYA IALAH MUHAMMAD BIN IDRIS BIN ABBAD BIN ULTHMAN BIN SYAFIE BIN SAID BIN ABDU YAZID BIN HASYIM BIN ABDUL MUTALIB BIN ABDUL MANAF.  AYAHNYA BERASAL DARI KETURUNAN QURAISY DARIPADA BANI MUTALIB.  AYAHNYA MENINGGAL DUNIA KETIKA IMAM SYAFIE MASIH KANAK-KANAK.  ADA PENDAPAT LAIN MENGATAKAN BAPANYA MENINGGAL KETIKA BELIAU MASIH DALAM KANDUNGAN IBU.

BELIAU DI LAHIRKAN DI KOTA GAZA PALESTIN PADA TAHUN 150 HIJRAH BULAN REJAB. ADA YANG MENGATAKAN PADA MALAM BELIAU DILAHIRKAN IMAM ABU HANIFAH (IMAM HANAFI) MENINGGAL DUNIA. KHALIFAH ISLAM PADA MASA ITU IALAH ABU JAAFAR AL MANSUR DARIPADA BANI ABBASIYAH.

IMAM SYAFIE DIBESARKAN DALAM SERBA KEKURANGAN SEJAK KECIL LAGI.   BELIAU SUDAH MEMPELAJARI ALQURAN, BELIAU TELAH MENGHAFAL ALQURAN SEJAK BERUSIA 9 TAHUN. SEMASA BERUSIA 10TAHUN BELIAU TELAH MENGHAFAL DAN MEMAHAMI KITAB AL MUWATTAK YANG DI TULIS OLEH IMAM MALEK, MEMPUNYAI SUARA MERDU BOLEH BERSYAIR DAN BERSAJAK.

KETIKA BERUSIA 15 TAHUN BELIAU TELAH MENGAJAR DAN MEMBERI FATWA DI MASJIDI HARAM, KERANA KEGIGIHAN DAN KERCERDIKAN BELIAU YANG LUAR BIASA BELIAU MENDAPAT SANJUNGAN MASYARAKAT. BELIAU MENINGGAL DI MESIR KETIKA BERUMUR 54TAHUN.

IMAM SYAFIE SANGAT MENENTANG AMALAN BIDAAH. KATANYA LAGI, SEMUA PERKARA YANG DIADAKAN MENYALAHI ALQURAN DAN SUNNAH ATAU IJMAK ULAMA ADALAH BIDAAH YANG SESAT. DAN PERKARA KEBAIKAN YANG TIDAK MENYALAHI SEDIKIT PUN DARIPADANYA ADALAH BIDAAH TERPUJI.

IMAM SYAFIE JUGA MELARANG TAKLID, BAIK TAKLID TERHADAP DIRINYA SENDIRI ATAU KEPADA SESIAPA SAHAJA.  SEMASA KEHIDUPANNYA BELIAU SENTIASA MENASIHAT ORANG RAMAI TERUTAMA ANAK MURIDNYA TENTANG TAKLID..

PESAN IMAM SYAFIE " TIAP-TIAP PERKARA YANG TELAH SAYA KATAKAN PADAHAL SABDA RASULULLAH S.A.W BERTENTANGAN DENGAN APA PERKATAAN YANG SAYA KATAKAN MAKA SABDA RASULULLAH S.A.W ADALAH YANG LEBIH UTAMA DI TURUTI.

SEKIAN SAHAJA CORETAN AKU MENGENAI IMAM SYAFIE.. SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT DI TEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG BERIMAN..JASANYA TIDAK TERNILAI BUAT KITA.. AMIN..
Catat Ulasan

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

Google+ Followers

Google+ Badge

AKU HAMBA ALLAH S.W.T