Halaman

Ahad, 14 Julai 2013

Tolak Pas Bukan Erti Tolak Islam

“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih layak untuk kamu solat di dalamnya.” (At-Taubah: 108)

Masjid Quba dibina di atas asas takwa.

Ada yang mengatakan kerajaan Malaysia membina masjid besar-besar dan membazir, tetapi lihat gereja terbesar di Asia yang sedang dalam binaannya di Puchong, Selangor, adakah siapa-siapa yang komen? Apa yang hendak saya tekankan di sini, masjid telah dibina dan disediakan oleh kerajaan agar umat Islam dapat solat dengan mudah dan selesa di dalamnya, maka menjadi satu cabaran bagi umat Islam memenuhkan masjid tersebut.

Kita bercakap tentang pengimarahan masjid, dan itu antara kempen yang dijalankan oleh Jakim. Tetapi jika umat Islam tidak pergi ke masjid, itu salah individu, mengapa salahkan kerajaan? Kalian yang tidak pergi ke masjid, itu salah kalian. Muhasabah diri sendiri. Syiar Islam di Malaysia dilaksanakan secara terbuka. Azan dilaungkan secara terbuka. Kita marah kalau ada orang bukan Islam yang berkata tidak suka mendengar laungan azan secara terbuka.

Ibadah korban juga dijalankan secara terbuka, tetapi kalau kita tinggal di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi binatang, ibadah korban tidak boleh dibuat secara terbuka. Sedangkan di dalam Islam, dituntut ibadat korban dilakukan secara terbuka. Tujuannya adalah seperti mana firman Allah,

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُم

“Agar semua orang menyaksikan manfaatnya bagi mereka.” (Surah Al-Hajj: 27)

Alhamdulillah, kita di Malaysia boleh melaksanakan ibadat tersebut secara terbuka.

Di Malaysia juga ada Baitulmal yang menguruskan zakat secara professional. Isu orang tidak amanah, itu masalah individu yang tidak boleh dikaitkan kesalahannya dengan dasar kerajaan sekiranya telah ada usaha yang murni daripada pihak kerajaan.

Ibadah puasa dilaksanakan secara menyeluruh dan terbuka. Solat tarawih, solat hari raya, takbir dilakukan secara terbuka, menunjukkan syiar Islam benar-benar telah ditegakkan dan dilakukan secara menyeluruh di Malaysia.

Institusi khas juga ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menguruskan Jemaah Haji, dan ia merupakan pusat pengurusan haji yang terbaik di dunia diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Bukan saya hendak memuji dan mengangkat kerajaan, saya bukan bertanding di mana-mana kawasan, apa yang saya hendak sampaikan dan minta adalah supaya kita mengiktiraf dan jangan menafikan kebaikan yang kerajaan lakukan untuk Islam. Cara pihak sana bercakap seolah-olah tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh Kerajaan untuk Islam, seolah-olah Kerajaan kita menolak semua hukum Allah. Ini satu perbuatan yang tidak adil di dalam menghukum. Firman Allah,

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Maaidah, 5: 

Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila kita menggunakan perkataan Islam. kita tidak boleh menggunakan Islam untuk kepentingan politik, sebaliknya kepentingan politik perlu diacuankan dengan acuan Islam. Politik memang tidak boleh dipisahkan dengan Islam, tetapi ianya adalah politik yang syar’i mengikut bagaimana cara Nabi berpolitik. Nabi tidak berpolitik bohong orang, fitnah orang, mengumpat orang. Itu bukan politik Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Tetapi pada hari ini, politik seperti itu yang digunapakai. Pelbagai fitnah dilontarkan seperti kerajaan zalim, ambil duit rakyat. Zalim di dalam bab apa, duit siapa yang diambil? Buktikanlah. Isu duit Tabung Memali belum selesai tetapi kita sibuk berbicara tentang orang lain.

Masing-masing pihak sama ada kerajaan atau pun pembangkang ada kelemahan, namun pada masa yang sama, ada kebaikan yang dibuat. Jadi jangan terpengaruh dengan ideologi ‘Masuk Pas bererti masuk Islam, tolak Pas bererti tolak Islam.
Catat Ulasan

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

Google+ Followers

Google+ Badge

AKU HAMBA ALLAH S.W.T