ISLAM, IMAN DAN IHSAN
surah Ali-Imran, ayat 19:

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar) di
sisi Allah ialah Islam
Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman di dalam surah Ali-Imran, ayat 85:
Maksudnya: Sesiapa
yang mencari agama selain daripada agama Islam,
maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat nanti
termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
Perkataan “Islam” berasal daripada kalimah
yang bermaksud
selamat dan bermaksud tunduk, patuh dan berserah. Daripada segi istilah,
“Islam” bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah S.W.T, iaitu Tuhan
pencipta dan pentadbir seluruh alam, dengan penuh rela, bukan dengan
paksaan atau perasaan terpaksa. “Berserah” pula bermaksud menyerah diri
kepada Allah S.W.T untuk menerima perintahNya, sama ada untuk melakukan
sesuatu atau meninggalkannya.
Sebagai contoh, orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat,
menunaikan ibadat haji, menghormati ibu bapa dan orang tua merupakan orang
yang menunaikan perintah Allah S.W.T. Demikian juga orang yang patuh dengan
tidak melakukan larangan Allah S.W.T seperti tidak berzina, tidak mencuri,
tidak membunuh orang, tidak menyeksa binatang, tidak menerima rasuah, tidak
menzalimi orang lain dan sebagainya. Kedua-dua keadaan ini, iaitu orang
yang melakukan suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya, ialah orang
yang menyerahkan dirinya kepada Allah S.W.T. Mereka ialah orang yang tunduk
dan patuh kepada perintah Allah S.W.T (muslimin dan muslimat). Mereka ini
juga adalah orang yang terselamat daripada kemurkaanNya.
Islam ialah agama yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna atau cara
hidup yang syumul yang merangkumi sistem kepercayaan,
perundangan dan nilai (akhlak). Semenjak zaman Nabi Adam A.S sehingga Nabi
Muhammad S.A.W, Islam merupakan agama untuk seluruh manusia, bukan
dikhaskan untuk sesuatu kaum atau bangsa tertentu atau tempat tertentu
sahaja.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, sahabat menceritakan bahawa pada suatu
hari semasa Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba
datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih dan tiada seorang sahabat
pun mengenalinya. Lelaki itu terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah
S.A.W sehingga lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah S.A.W lantas
berkata:
“Wahai Muhammad, beritahu aku apa itu Islam?”. Maka jawab Rasulullah
S.A.W: “Engkau bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad
itu pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa Ramadan, mengeluarkan zakat
dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang kuasa sampai ke sana”.
Jawabnya: “Engkau benar.”
Kemudian dia berkata lagi: “Beritahu aku apa itu Iman?”. Maka jawab
Rasulullah S.A.W: “Engkau percaya (beriman) kepada Allah, para malaikatNya,
kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada dan qadar.” Jawabnya:
“Engkau benar.”
Kemudian dia berkata lagi: “Beritahu aku apa pula maksud Ihsan”. Maka jawab
Rasulullah S.A.W: “Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan
bersungguh-sungguh seolah-olah engkau nampak Allah. Walaupun engkau tidak
dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap melihat engkau…”
Rasulullah S.A.W bertanya kepada Umar al-Khattab: “Kenalkah engkau siapa
orang itu:” Jawab Umar: “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Maka
sabda Rasulullah S.A.W: “Dia ialah Jibrail, datang mengajar agama kepada
kamu”.
Berdasarkan hadis yang panjang ini, dapat kita fahami bahawa agama Islam
mengandungi tiga perkara, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiganya
disebut Akidah (Kepercayaan), Syariah (Perundangan) dan Akhlak (Nilai).
Inilah yang dikatakan Islam itu mengandungi sistem kepercayaan, sistem
perundangan dan sistem nilai.
ISLAM, IMAN DAN IHSAN
surah Ali-Imran, ayat 19:

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar) di
sisi Allah ialah Islam
Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman di dalam surah Ali-Imran, ayat 85: ![]()
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan