Halaman

Jumaat, 4 April 2014

ISLAM, IMAN DAN IHSAN


ISLAM, IMAN DAN IHSAN
 surah Ali-Imran, ayat 19:

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah ialah Islam

Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman di dalam surah Ali-Imran, ayat 85:
Maksudnya: Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam,
maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat nanti
termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.




Perkataan “Islam” berasal daripada kalimah  yang bermaksud selamat dan bermaksud tunduk, patuh dan berserah. Daripada segi istilah, “Islam” bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah S.W.T, iaitu Tuhan pencipta dan pentadbir seluruh alam, dengan penuh rela, bukan dengan paksaan atau perasaan terpaksa. “Berserah” pula bermaksud menyerah diri kepada Allah S.W.T untuk menerima perintahNya, sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.

Sebagai contoh, orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji, menghormati ibu bapa dan orang tua merupakan orang yang menunaikan perintah Allah S.W.T. Demikian juga orang yang patuh dengan tidak melakukan larangan Allah S.W.T seperti tidak berzina, tidak mencuri, tidak membunuh orang, tidak menyeksa binatang, tidak menerima rasuah, tidak menzalimi orang lain dan sebagainya. Kedua-dua keadaan ini, iaitu orang yang melakukan suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya, ialah orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah S.W.T. Mereka ialah orang yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah S.W.T (muslimin dan muslimat). Mereka ini juga adalah orang yang terselamat daripada kemurkaanNya.

Islam ialah agama yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna atau cara hidup yang syumul  yang merangkumi sistem kepercayaan, perundangan dan nilai (akhlak). Semenjak zaman Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W, Islam merupakan agama untuk seluruh manusia, bukan dikhaskan untuk sesuatu kaum atau bangsa tertentu atau tempat tertentu sahaja.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, sahabat menceritakan bahawa pada suatu hari semasa Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih dan tiada seorang sahabat pun mengenalinya. Lelaki itu terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah S.A.W sehingga lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah S.A.W lantas berkata:

“Wahai Muhammad, beritahu aku apa itu Islam?”. Maka jawab Rasulullah S.A.W: “Engkau bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa Ramadan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang kuasa sampai ke sana”. Jawabnya: “Engkau benar.”

Kemudian dia berkata lagi: “Beritahu aku apa itu Iman?”. Maka jawab Rasulullah S.A.W: “Engkau percaya (beriman) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada dan qadar.” Jawabnya: “Engkau benar.”

Kemudian dia berkata lagi: “Beritahu aku apa pula maksud Ihsan”. Maka jawab Rasulullah S.A.W: “Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah engkau nampak Allah. Walaupun engkau tidak dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap melihat engkau…”

Rasulullah S.A.W bertanya kepada Umar al-Khattab: “Kenalkah engkau siapa orang itu:” Jawab Umar: “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Maka sabda Rasulullah S.A.W: “Dia ialah Jibrail, datang mengajar agama kepada kamu”.


Berdasarkan hadis yang panjang ini, dapat kita fahami bahawa agama Islam mengandungi tiga perkara, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiganya disebut Akidah (Kepercayaan), Syariah (Perundangan) dan Akhlak (Nilai). Inilah yangdikatakan Islam itu mengandungi sistem kepercayaan, sistem perundangan dan sistem nilai. 









Catat Ulasan

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

Google+ Followers

Google+ Badge

AKU HAMBA ALLAH S.W.T