Halaman

Ahad, 2 Januari 2011

73 golongan..

Nabi Muhammad S.A.W ada mengatakan di akhir zaman umat islam akan terpecah kepada 73 golongan.  Semua masuk neraka kecuali satu golongan.  Lalu bertanya sahabat, bagaimana jika dia berada dalam zaman tersebut, lalu nabi Muhammad mengatakan,” sentiasalah berpegang pada Al Quran dan sunnahku kuat2 insyaallah kamu akan selamat.
Sunnah di sini bermaksud: Sesuatu yang lahir dari Rasulullah s.a.w., samada perkataan, perbuatan dan pengakuan.
Ia adalah hadis nabi s.a.w. yang merangkumi hukum taklifi dan hukum wad’i. Kita lihat apa definasi hukum menurut Usuliyyun:
“Khitab (firman) Allah Taala yang berhubungkait dengan perbuatan mukallaf, samada yang berbentuk tuntutan atau pilihan atau menjadikan sesuatu itu sebagai sebab, syarat atau penghalang.”
Maksud `khitab Allah’ di sini ialah samada ia dinisbahkan secara langsung kepada Allah atau melalui perantara seperti Sunnah, ijma’, qiyas dan sumber2 hukum lainnya.
Kita ambil sunnah, mengapa ia dimasukkan di bawah kata `khitab Allah’? Kerana pada hakikatnya sunnah/sabda Rasulullah s.a.w. itu kembali kepada Allah Taala. Sekalipun lahirnya dari Rasulullah s.a.w. tetapi ia diperolehi melalui jalan wahyu.
Sunnah yang mengandungi sabdaan, perbuatan dan taqrir/pengakuan dari Rasulullah s.a.w. yang memberi petunjuk Hukum, adalah dari wahyu Allah Taala, bukan dari hawa nafsu baginda.
Berpegang kepada al-Quran ialah mengambilnya sebagai sumber hukum. Begitu juga apabila dikatakan berpeganglah kepada sunnah Rasulullah s.a.w. bermaksud mengambilnya sebagai sumber hukum.
Kami melihat beberapa kesilapan di dalam pemahaman masalah ini. Apabila dikatakan: Berpeganglah kepada sunnah, mereka memahami bahawa ia adalah mengamalkan sunnah dalam ertikata mandub.
Ini adalah salah…
Sunnah dalam ertikata mandub adalah sebahagian kecil dari maksud sunnah dalam ertikata ia sebagai salah satu dari sumber hukum Islam.
Sebab itu kita dapat melihat sebahagian dari umat Islam di negara kita bersungguh-sungguh di dalam mengamalkan sunah yg bermaksud mandub dan dalam masa yang sama mereka terlupa untuk memperjuangkannya sebagai salah satu dari sumber hukum Islam.
Mereka berusaha bersungguh-sungguh membetulkan serban, mengemaskan jubah, menggenggam kuat-kuat kayu sugi, makan di dalam talam dsbnya. Sebahagiannya menganggap bahawa itu adalah sunnah yang disyariatkan. Mereka berbuat demikian dengan fahaman itulah sahaja sunnah yang perlu dipertahankan sebagaimana maksud beberapa hadis. Sebahagiannya pula, ada yang mencela rakan-rakannya yang lain kerana makan di atas meja, tidak menggunakan kayu sugi, tidak berjubah dan berserban. Mereka memandangnya dengan sinis dan berkata: “Bagaimana umat Islam boleh berjaya, tidak ikut sunnah!”
Mengamalkan sunnah za’idah seperti berserban, berjubah, bercelak dsbnya tidak salah samasekali. Malah ia menjadi satu kelebihan bagi pengamal berkenaan, lambang kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. serta akan diberi pahala jika niatnya betul. Tetapi yang salah ialah beranggapan bahawa sunnah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w. ialah sunah-sunah yang begitu sahaja, dengan melupakan atau meminggirkannya sebagai salah satu dari sumber hukum.
Pernah guru kami yang dimuliakan al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Saad, diceritakan kepada kami oleh anakandanya Drs Mohd Redzuan, pada suatu ketika Tuan Guru mendengar radio siaran soaljawab agama. Ustaz radio itu ditanya, “Apa itu Sunnah?” Ustaz itu menjawab: “Buat dapat pahala, tinggal tidak berdosa.” Mendengar itu, Tuan Guru hanya tersenyum sahaja menandakan kekeliruan ustaz berkenaan. Bukan salah tetapi keliru.
Oleh itu, apabila diajukan tentang sunnah, perlu difahami dahulu sunnah pada kedudukan mana? Pada kedudukannya sebagai sumber hukum (khitab Allah) atau sebagai salah satu dari pembahagian hukum?
Sunnah nabi sebagai sumber hukum terbahagi kepada dua:
1) Yang bersangkut dengan hukum taklifi
Menurut Jumhur ulamak, ia terbahagi kepada 5:
1. Wajib: “Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab.” (HR Bukhari & Muslim). Menunjukkan wajib membaca fatihah di dlam sembahyang.
2. Mandub (sunnah) : Azan, iqamah dsbnya.
3. Haram- “Barangsiapa yang melaknat orang mukmin seperti membunuhnya.” (HR Bukhari & Muslim)
4. Makruh – Sesungguhnya Allah itu memakruhkan memperkatakan itu dan ini, banyak soal dan membazir-bazirkan harta (Bukhari dan Muslim).
5. Ja’iz (harus) – “Ubahlah warna rambut ini dengan sesuatu, jauhilah warna hitam’ (HR Nasa’I & Abu Daud). Sebahagian ulamak menganggapnya sebagai perintah harus sahaja bukan sunnah.
2) Yang berhubungkait dengan hukum wadh’I
Iaitu sunah yang menjadikan sesuatu itu sebagai sebab, penghalang, syarat, sah, fasid, azimah dan rukhsah.
Contoh sunnah yang menjadi mani’ (penghalang) kepada pembunuh menerima warisan seperti sabdanya: “Tiada bagi pembunuh itu warisan.” (HR Malik, Ahmad & Ibnu Majah)
Orang yang membunuh bapanya dihalang dari mendapat warisan darinya

Tiada ulasan:

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

AKU HAMBA ALLAH S.W.T