Halaman

Jumaat, 22 Jun 2018

SAYYIDUL ISTIGHFAR

SAYYIDUL ISTIGHFAR ( سيد الإستغفر ) :
 

Terdapat berbagai jenis doa Istighfaar yang boleh diamalkan untuk memohon keampunan kepada Allah Subhaanahu wata'ala. Tetapi sebaik-baik istighfar adalah Sayyidul Istighfar. Barangsiapa yang setiap hari membiasakan dirinya membaca doa tersebut dengan penuh keyakinan, maka Nabi sollallahu ’alaih wa sallam menjamin pelakunya sebagai penghuni syurga di akhirat kelak.


Dalilnya, sabda Rasulullahi sollallaahu alaihi wasallam:

عن النبي صلى الله عليه وسلم سيد الإستغفرِ أنْ تَقُوْلَ أَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ. لاۤ اِلۤهَ اِلاَّ أَنْتَ خَلَقْـتَنِيْ. وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَىْ عَهْدِكَ. وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ. أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَاصَنَعْتُ. أَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ. وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ. فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الْذُّنُوْبُ إِلاَّ أَنْتَ. ومن قالها مِنَ النهارِ موقِناً بها فماتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ ومن قالها من الليل وهو موقنٌ بها فمات قبل أن يُصْبِحَ فهو مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ.
(HR Bukhari)
Maksudnya:

Nabi sollallaahu ’alaihi wasallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata: “Allahomma anta rabbi laa ilaaha illaa anta kholaqtani wa ana ‘abdukaa wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastato’tu a’udzubika min syarri ma sona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi faghfirli fa innahuu laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta

(Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Kerananya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).”

Barangsiapa yang membaca doa ini di petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni syurga.” (HR Bukhary 5831)


Tiada ulasan:

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

AKU HAMBA ALLAH S.W.T