Halaman

Sabtu, 1 Ogos 2020

Dunia dan Akhirat Menurut Allah dan RasulNya

بسمالله الرحمن الرحيم



Kehidupan dunia tidak lari dari Ujian Allah Azza Wa Jalla .Ujian Allah Taala beri itu hanya mengikut kadar  kemampuan masing- masing untuk hadapinya. Kerana Allah Taala tidak pernah bebankan ujian kepada hambanya yang tidak mampu.Ada ujian dengan kurangnya harta ada pula yang di uji dengan kekayaan dan kemewahan.. Begitu juga dengan ujian Suami atau Isterii sebagainya.Ramai antara kita ingin untuk hidup kaya dan berharta seperti mana tontonan drama di tv kita seharian.Sekiranya anda berfikiran begitu maka berhati-hati kerana hati anda telah terpaut dengan ujian dunia

Tidak salah untuk kita berusaha meningkatan ekonomi kita sendiri dan dalam masa yang sama kita dapat juga memberi kebaikan kepada Agama Allah. Seperti memberi sedekah,infak dan sebagainya. Tetapi itu bukan menjadi alasan untuk kita tidak beramal dengan amalan soleh yang lain..Mari kita teliti Firman Allah Taala dalam  Al-Quran dan Sabda Nabi Muhammad Sallahualaiwasalam mengenai dunia dan akhirat.

Allâh Azza wa Jalla memberitahukan bahawa dunia ini senda gurau dan permainan, kemudian Allâh Azza wa Jalla  menjelaskan perbezaan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

 Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang  sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. [Al-‘Ankabût/29: 64]

Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, kehidupan hakiki , iaitu kehidupan yang terus menerus, tetap, dan kekal disana.. Sama ada Syurga atau Neraka...

Kehidupan dunia ini rendah dan hina, kerana "dunya" artinya paling rendah atau hina. Kehidupan dunia iaitu sesuatu yang sedikit dan kecil, kehidupan yang penuh dengan syahwat dan fitnah. Akhir dari dunia adalah kefanaan dan kemusnahan. Allâh Azza wa Jalla berfirman:

فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ  
 Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. [At-Taubah/9:38]

Dalam hadis, Nabi Muhammad Sallahualaiwasalam memberikan perumpamaan bahawa dunia ini seperti setetes air yang melekat di jari, sedangkan akhirat merupakan laut yang sangat luas. Rasûlullâh Sallahualaiwasalam bersabda:

وَاللهِ ، مَا الدُّنْيَا فِـي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَـجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هٰذِهِ – وَأَشَارَ يَحْيَ بِالسَّبَّابَةِ – فِـي الْيَمِّ ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِـعُ

Demi Allâh ! Tidaklah dunia dibandingkan akhirat melainkan seperti salah seorang dari kamu semua mencelupkan jarinya ke laut, -(perawi hadits ini iaitu)Yahya  memberikan isyarat dengan jari telunjuknya- lalu hendaklah dia melihat apa yang dibawa jarinya itu?   (Sahih HR. Muslim, no. 2858 dan Ibnu Hibbân, no. 4315)

Dunia ini dilaknat oleh Allâh Azza waJalla . Artinya, apa saja yang melalaikan manusia dari ibadah kepada Allâh maka dia terlaknat. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Sallahualaiwasalam bersabda,

أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُوْنَةٌ مَلْعُوْنٌ مَا فِـيْهَا إِلَّا ذِكْرُ اللهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِـمٌ أَوْ مُـتَـعَلِّـمٌ

Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali zikir kepada Allâh dan ketaatan kepadaNya, orang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu.  ( Hasan: HR. at-Tirmidzi, no. 2322; Ibnu Mâjah, no. 4112)

Dunia ini lebih hina daripada bangkai anak kambing yang cacat. Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu anhu :
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  مَرَّ بِالسُّوْقِ دَاخِلًا مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ. فَمَرَّ بِجَدْيٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ، ثُمَّ قَالَ: ))أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟ (( فَقَالُوْا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قال:(( أَتُحِبُّوْنَ أَنَّهُ لَكُمْ؟ )) قَالُوْا: وَاللهِ لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيْهِ، لِأَنَّهُ أَسَكُّ. فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: (( فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ )). 

Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallahualaiwasalam berjalan melewati pasar sementara banyak orang berada di dekat Beliau. Beliau berjalan melewati bangkai anak kambing jantan yang kedua telinganya kecil. Sambil memegang telinganya Beliau Sallahualaiwasalam bersabda:

“Siapa diantara kamu yang berkenan membeli bangkai ini dengan harga satu dirham?” Orang-orang berkata, “Kami sama sekali tidak tertarik kepadanya. Apa yang boleh kami perbuat dengannya?” Beliau Sallahualaiwasalam bersabda, “Apakah kamu semua mahu jika ini menjadi milik kalian?” Orang-orang berkata, “Demi Allâh, kalau anak kambing jantan ini hidup, pasti ia cacat, kerana kedua telinganya kecil, apalagi ia telah mati?” Beliau Sallahualaiwasalam bersabda:

فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِن
ْ هَذَا عَلَيْكُمْ

Demi Allâh, sungguh, dunia itu lebih hina bagi Allâh daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian. (Hasih Muslim 2957 )

Dunia tidak berharga mestipun hanya seberat sayap nyamuk. Rasûlullâh Sallahualaiwasalam  bersabda,

لَوْ كَانَتِ الدُّنْـيَا تَعْدِلُ عِنْدَ الله
ِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Seandainya dunia di sisi Allâh sebanding

dengan sayap nyamuk, maka Dia tidak memberi minum sedikit pun darinya kepada orang kafir.  (Sahih HR. At-Tirmidzi, no. 2320 dan Ibnu Mâjah, no. 4110)

Jadi kesimpulannya kita ambillah yang kita perlukan sahaja di dunia ini dan carilah nafkah dengan cara yang baik dan halal.. Allâh Azza waJalla menjadikan dunia ini sebagai kehidupan sementara. Kita perluka makanan ,minuman ,tempat tinggal, dan pakaian. Kita harus berusaha untuk meninkatkan ekonomi kita sekeluarga dan Umat Islam tetapi memadai untuk kerperluan dunia..Selebihnya boleh kita sumbangkan atau infakan kepada Agama Islam ini..Begitu juga dunia ini merupakan kesempatan untuk beramal. Bukan bererti kita hanya duduk diam tidak beribadah dan menunggu ajal. Tetapi dunia adalah kesempatan untuk beramal dan beribadah untuk bekalan menuju akhirat. Dunia ini hanya sementara, jadikanlah ia untuk ketaatan. Siang dan malam terus berputar, maka teruslah kita menuntut ilmu syar`i, melakukan amal- amal soleh dengan ikhlas dan ittiba (mencontohi Rasulullah) dan terus berzikir mengingat Allâh Azza wa Jalla . Kita harus berlumba-lumba melaksanakan ketaatan kepada Allâh dan berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya yang sesuai dengan tuntutan Allah dan RasulNya..

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan hakikat dunia ini yang sebenarnya... Semoga Kita menjadi orang yang bertaubat dan mendapat keampunan dan rahmatNya kelak.. 


Amin..

11 zulhijrah 1441



Tiada ulasan:

INDAH NYA.......................

indahnya dunia tetapi hanya sementara, indahnya dosa tetapi hanya kelak merana, indah nya bahasa tetapi disalah guna, yang indah hanya sementara di dunia ini , beringatlah wahai saudara akhir juga yang kekal selamanya yang indah yang kekal abadi. semoga saudara semua ditempatkan golongan-golongan yang beriman. amin.

AKU HAMBA ALLAH S.W.T